Pengurus pemasaran seleweng wang hasil sawit ditahan SPRM - Utusan Malaysia

Pengurus pemasaran seleweng wang hasil sawit ditahan SPRM

SPRM menahan tiga individu termasuk seorang pensyarah wanita untuk disiasat berkaitan tuntutan palsu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pengurus pemasaran berhubung kes penyalahgunaan kuasa membabitkan penyelewengan bayaran hasil buah tandan segar sawit berjumlah lebih RM85,000.

Menurut sumber, suspek lelaki yang berusia 35 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, suspek menyalahgunakan kuasa dengan menyeleweng wang bayaran bagi hasil jualan buah tandan segar sawit untuk kepentingan diri pada 2018 hingga 2019.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.