Penghuni selamat rumah musnah terbakar  - Utusan Malaysia

Penghuni selamat rumah musnah terbakar 

KEADAAN kebakaran melibatkan sebuah kediaman di Jalan Permatang Damar Laut, Kampung Bukit, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAYAN LEPAS: Sebuah rumah di Jalan Permatang Damar Laut, Kampung Bukit  di sini musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 12 tengah hari tadi. 

Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pukul 12.07 tengah hari sebelum pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau dikejarkan ke lokasi kebakaran. 

Menurutnya, operasi tersebut turut mendapat bantuan daripada anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru dan Paya Terubong. 

“Apabila pasukan bomba tiba di tempat kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat dengan anggaran kemusnahan kebakaran 80 peratus. Kebakaran itu turut melibatkan dua buah kereta dan sebuah motosikal yang ditempatkan di situ, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya