Pengasuh didakwa tampar bayi - Utusan Malaysia

Pengasuh didakwa tampar bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pengasuh kepada bayi berusia lapan bulan ditahan polis bagi membantu siasatan selepas didakwa menampar bayi berkenaan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan dan Perundangan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kamaruzaman Elias berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu yang dibuat ibu mangsa Rabu lalu.

Ujarnya, kejadian itu disedari ibu bayi berkenaan ketika mengambil anaknya di Bandar Sri Permaisuri, Cheras dan mendapati pipi bayi itu kemerah-merahan.

“Susulan itu, polis menahan wanita berusia 48 tahun bagi membantu siasatan. Dia kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas dirakam percakapan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Kamaruzaman, siasatan mendapati pangasuh bayi berkenaan mengaku tidak sengaja menampar pipi bayi berkenaan ketika berada di dalam buaian kerana mangsa dikatakan sering muntah.

Ujarnya, siasatan secara menyeluruh dan telus terhadap laporan itu sedang dijalankan.

“Kita juga menunggu laporan penuh perubatan ke atas mangsa. Kes akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk nasihat dan arahan pertuduhan dengan kadar segera.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan sesuatu berita dari sumber yang tidak sahih dan boleh mengganggu siasatan polis,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya