Pengarah penguat kuasa disyaki minta, terima rasuah ditahan - Utusan Malaysia

Pengarah penguat kuasa disyaki minta, terima rasuah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang pengarah penguat kuasa di agensi kawal selia ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah.

Menurut sumber, individu tersebut yang merupakan seorang lelaki berusia 42 tahun ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari di sebuah lokasi di Cyberjaya.

“Penahanan itu dibuat kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah secara bulanan daripada seorang individu dengan menggunakan orang tengah.

“Difahamkan wang tersebut diterimanya dari Julai 2019 hingga Mac 2021 bagi membantu pihak tertentu mendapatkan tender pengurusan pembersihan awam daripada syarikat pembersihan di Kedah,” katanya di sini hari ini.

Tangkapan tersebut dipercayai merupakan lanjutan daripada penahanan lebih 25 individu pada pertengahan bulan ini bagi membantu siasatan terhadap kes pengemukaan penyata akaun palsu beberapa syarikat untuk memasuki tender dalam sebuah syarikat pembersihan di wilayah utara tanah air.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam ketika dihubungi enggan mengulas mengenai kes tersebut kerana pihaknya masih menjalankan siasatan.

“Siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya