Penduduk diarah berpindah dapat bantuan beras - Utusan Malaysia

Penduduk diarah berpindah dapat bantuan beras

SISKA Jona (kanan) menyerahkan sumbangan beras kepada wakil penduduk Kampung Baru Pulau Tiga, Sungai Layar, Jalan Lencongan Barat di Bandar Laguna Merbok di Sungai Petani hari ini. - UTUSAN/OTHMAN YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Pertubuhan Keturunan Derbar Raja (PKDR) tampil menyampaikan sumbangan kepada 30 keluarga di Kampung Baru Pulau Tiga, Sungai Layar, Jalan Lencongan Barat di sini, selepas diarah mengosongkan tanah di kampung itu oleh mahkamah pada 3 Januari lalu.

Yang Dipertua PKDR, Derbar Raja Husaini Derbar Raja Yaacob berkata, sumbangan tersebut sebagai tanda keprihatinan pihaknya terhadap penduduk terlibat yang terpaksa diarah berpindah dari tanah milik seorang individu bergelar Datuk.

“Sumbangan itu menunjukkan PKDR mengambil berat terhadap penderitaan penduduk terlibat yang menetap di kawasan tanah itu sejak 40 tahun lalu. Kita berharap penduduk terbabit tabah menghadapi dugaan ini dan bantuan lain mengikut keperluan yang bersesuaian akan menyusul kemudian,” katanya.

Wakil PKDR, Siska Yona menyampaikan sumbangan beras kepada penduduk terlibat yang diwakili seorang penduduk, Rodziah Saad di pejabat PKDR di Bandar Laguna Merbok di sini hari ini.

Sebahagian penduduk di kampung itu kini terpaksa berpindah sementara di kawasan rizab sungai di kampung berkenaan kerana tidak memiliki tanah dan rumah sendiri dan menyewa rumah lain.

Sementara itu, Rodziah berkata, penduduk terlibat kini berada dalam keadaan sukar selepas mereka diarah berpindah dalam tempoh yang ditetapkan.

“Sumbangan ini dapat meringankan beban penduduk yang terpaksa menghadapi situasi sukar selepas diarahkan berpindah ke kawasan penempatan baharu,” ujarnya.

Utusan Malaysia pada 4 Januari lalu melaporkan, seramai 30 penduduk di kampung yang mendiami tanah seluas 44.2 hektar di kampung itu diarahkan berpindah oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN