Amaran ribut petir di sembilan negeri - Utusan Malaysia

Amaran ribut petir di sembilan negeri

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dikeluarkan bagi beberapa tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sehingga 1 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa cuaca buruk itu dijangka melanda kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.

Di Perak pula, kawasan yang dijangka terlibat ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama serta Manjung, manakala di Selangor melibatkan Kuala Langat dan Sepang.

Daerah yang dijangka terlibat di Johor ialah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru, manakala Negeri Sembilan di Seremban dan Port Dickson.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN