Pemuda Amanah gesa PH muktamad pembahagian kerusi PRU-15 - Utusan Malaysia

Pemuda Amanah gesa PH muktamad pembahagian kerusi PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) menggesa Pakatan Harapan (PH) memuktamadkan pembahagian kerusi bagi menumpukan agenda menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Timbalan Ketua Pemudanya, Razak Ridzuan berkata, ini berikutan perkembangan semasa politik tanah air menuntut parti-parti politik untuk segera membuat persediaan menghadapi situasi yang berbeza dan lebih mencabar berbanding pilihan raya umum (PRU) sebelumnya.

“Menyedari hal ini, Pemuda Amanah ingin menyeru seluruh kepemimpinan PH di semua peringkat untuk segera menyelesaikan urusan pembahagian kerusi dan hal berkaitan PRU. 

“Ini bagi memastikan persediaan jentera dapat dibuat dan gerak kerja boleh ditumpukan untuk meningkatkan sokongan kepada PH,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Tambah Razak, Pemuda Amanah juga menggesa agar Konvensyen PH diadakan pada tahun ini sebelum PRU-15. 

“Ini bagi memberi mesej jelas kepada rakyat bahawa PH bersedia dan serius untuk mengambil alih Putrajaya dengan menawarkan sebuah kerajaan yang stabil dan kompeten.

“Justeru, Pemuda Amanah amat berharap kepimpinan tertinggi semua parti khususnya Majlis Presiden dapat mengambil serius saranan ini bagi memastikan PH menang dalam PRU-15 akan datang,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN