Pemimpin perlu berkelakuan baik, patuh undang-undang - Utusan Malaysia

Pemimpin perlu berkelakuan baik, patuh undang-undang

SAARANI Mohamad ditemui pemberita di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pemimpin sebagai penggubal undang-undang tanpa mengira daripada parti mana sekali pun perlu mematuhi undang-undang yang mereka gubal.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, selain itu sebagai pemimpin, mereka mesti mengetahui perkara-perkara yang melanggar undang-undang atau tidak.

“Sebagai  pemimpin, mana-mana parti pun mesti berkelakuan baik kerana mereka adalah contoh dan teladan kepada rakyat dan penyokong-penyokong mereka,” katanya selepas merasmikan Program Ketua Pemuda UMNO Malaysia bersama Pemuda UMNO Perak dan Program Aspirasi Akar Umbi Bahagian Tambun, di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Saarani ditanya mengenai penahanan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Perak di sebuah pusat hiburan di  Perai, Pulau Pinang pada Khamis lalu kerana disyaki positif dadah. 

Mengenai kes itu, Saarani yang juga Menteri Besar berkata, beliau tidak dapat mengulas lanjut kerana ia dalam siasatan polis.

Menurutnya, polis yang akan menentukannya  dan jika didapati ada kes untuk didakwa maka pihak timbalan pendakwa raya akan membuat pendakwaan dan akan dihakimi di mahkamah.

“Itu saya serahkan kepada pihak berwajib,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN