Pemergian Shebby kehilangan besar dunia bola sepak - Agong - Utusan Malaysia

Pemergian Shebby kehilangan besar dunia bola sepak – Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Serbegeth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby dan menyifatkan pemergian lagenda itu sebagai satu kehilangan besar kepada dunia bola sepak negara.

Istana Negara memaklumkan, Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa sedih dengan pemergian mendiang dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mendiang sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana sedih serta pilu ini.

“Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga legenda bola sepak negara Serbegeth Singh yang telah meninggal dunia semalam,” kata Istana Negara dalam Facebook hari ini.

Shebby meninggal dunia  ketika sedang berbasikal di sekitar Sunway Iskandar, Johor pukul 7 malam tadi.

Mendiang semasa zaman kegemilangannya pernah bermain di posisi pertahanan dan beraksi buat skuad kebangsaan bermula dari tahun 1982 hingga 1991.

Beliau pernah beraksi dalam tiga Kejohanan Sukan Asia pada tahun 1982, 1986 dan 1990 dan pernah memenangi pingat emas ketika Sukan SEA 1989.

Lagenda itu pernah beraksi bersama skuad bola sepak negeri Pahang pada era 80-an. Mendiang juga pernah beraksi bersama pasukan Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak.

Mendiang juga merupakan generasi emas skuad Kuala Lumpur ketika membantu pasukan ibu kota memenangi hatrik Piala Malaysia dari tahun 1987 hingga 1989.

Selepas bersara sebagai pemain, mendiang pernah berkhidmat sebagai Penasihat Global di Blackburn Rovers pada tahun 2012.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN