Pembalakan bantu tambah populasi harimau belang? - Utusan Malaysia

Pembalakan bantu tambah populasi harimau belang?

ABDUL Khalim Abu Samah menebang pokok kelapa sawit yang diterokai secara haram di HSK Ladang Serasa, Gua Musang hari ini. - UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Jabatan Perhutanan Kelantan menyangkal dakwaan kononnya aktiviti pembalakan di negeri ini menjadi punca harimau belang keluar dari habitatnya, sekali gus menjejaskan populasi haiwan buas itu.

Pengarah Perhutanan negeri, Abdul Khalim Abu Samah berkata, kajian dibuat seorang pakar dari Sarawak mendapati perkara sebaliknya berlaku, iaitu populasi harimau berhampiran kawasan pembalakan didapati bertambah.

“Pembalakan sebenarnya mengakibatkan banyak pokok baharu tumbuh dan proses ini menarik haiwan kecil seperti kancil untuk datang ke kawasan tersebut. Haiwan-haiwan kecil ini merupakan sumber makanan untuk harimau.

“Dengan kata lain, situasi ini memudahkan harimau mendapatkan sumber makanan berbanding dalam hutan tebal,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Operasi Membanteras Penerokaan Haram di Hutan Simpan Kekal (HSK) Relai, Ladang Serasa di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan pelbagai pihaknya yang mengaitkan kejadian beberapa ekor harimau berkeliaran di perkampungan Orang Asli di Pos Bihai di sini dengan aktiviti pembalakan secara berleluasa.

Abdul Khalim berkata, segala aktiviti pembalakan di Kelantan bukan dibuat membuta tuli, sebaliknya secara terkawal mengikut catuan tebangan tahunan (CTT) yang ditentukan Majlis Tanah Negara (MTN).

“Kita di Kelantan tidak pernah melebihi catuan tebangan sebagaimana dibenarkan iaitu 3,900 hektar setahun.

“Malah pembalakan hanya dilakukan di hutan pengeluaran, bukannya hutan perlindungan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.