Pemandu Perdana tular samseng dicekup - Utusan Malaysia

Pemandu Perdana tular samseng dicekup

SEORANG pemandu Proton Perdana ditahan polis selepas berlagak samseng menahan pemandu lain yang tidak membenarkannya memotong barisan di Jalan Setia Gemilang U13/45B, Setia Alam di Shah Alam Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pemandu Proton Perdana yang tular berlagak samseng dengan menghalang sebuah kenderaan di Setia Alam di sini, Ahad lalu ditahan polis bagi membantu siasatan.

Lelaki berusia 30 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di balai polis sekitar daerah ini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, penahanan suspek dilakukan selepas pihaknya menerima laporan polis dibuat mangsa yang mendakwa diugut berkaitan kejadian itu.

Katanya, pengadu itu mendakwa menerima ugutan melalui mesej suara daripada pemilik akaun Facebook bernama ‘Koi Airil Ossai’.

“Individu itu memberitahu pengadu supaya tidak perlu menularkan video berkenaan dan meminta supaya memadamkannya. Selain itu, pengadu diminta membuat laporan polis sekiranya berasa tidak selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Baharudin, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. 

“Siasatan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Shah Alam dan suspek yang ditahan merupakan pemandu kereta Perdana. Kita masih mengesan mengesan pemilik akaun FB Koi Airil Ossai itu untuk siasatan lanjut,” katanya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, polis belum menerima sebarang laporan mengenai kes tular berkenaan setakat semalam.

Polis menerima maklumat mengenai imej dan video pemandu lelaki itu di laman Twitter seorang individu pada pukul 4.18 petang Isni lalu. Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di Jalan Setia Gemilang U13/45B berhadapan Apartment Seri Mutiara.

Menerusi klip video tular berdurasi lebih dua minit itu, ia memaparkan kereta Perdana yang didakwa cuba memotong barisan di sekitar jalan berkenaan. Pemandu yang bersongkok itu kemudian dikatakan bertindak mengejar kenderaan mangsa lalu berhenti dan menghalang laluan.

Lelaki itu didakwa keluar daripada keretanya dan seolah-olah bertindak seperti samseng. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya