Pemandu Nissan Navara sebabkan empat beranak maut direman tujuh hari - Utusan Malaysia

Pemandu Nissan Navara sebabkan empat beranak maut direman tujuh hari

KEADAAN Nissan Navara yang terlibat kemalangan maut dengan Toyota Vellfire di simpang empat Kampung Lebu berhampiran susur ke Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) di Bentong, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Pemandu pacuan empat roda, Nissan Navara yang terlibat kemalangan dengan Toyota Vellfire hingga menyebabkan empat sekeluarga maut di simpang empat Kampung Lebu berhampiran susur ke Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) di sini, Jumaat lalu direman selama tujuh hari.

Ketua Polis Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, suspek yang berusia 44 tahun direman bermula semalam untuk siasatan lanjut.

“Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Raub, Yusri Wanu Suki semalam sehingga 4 Februari depan dan suspek akan dituduh secepat mungkin,” katanya di sini hari ini.

Jumaat lalu, empat yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 3.10 petang itu penumpang Toyota Vellfire, Raihan Mohamad, 43, dan tiga anaknya, Ahda Dalili Mohd, Nazri, 14; Ahmad Muaz Mohd. Nazri, 7, dan Ahda Imtinan Mohd. Nazri berusia empat tahun.

Suami Raihan yang juga pemandu Toyota Vellfire, Mohd. Nazri Hamid, 43, guru di Gua Musang, Kelantan mengalami kecederaan dan patah tangan kiri.

Pemandu Nissan Navara, Ahmad Fuad Mohammad Salleh, 43, mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Polis turut menemukan dadah dalam kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara dipandu lelaki berkenaan yang turut positif dadah jenis methmaphetamine. 

Zaiham dilaporkan berkata, hasil pemeriksaan polis dalam kenderaan dinaiki suspek menemukan satu tiub straw lutsinar berisi hablur jernih dipercayai dadah jenis syabu.

“Berdasarkan siasatan juga suspek mempunyai tujuh rekod lampau dan suspek akan direman untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurut Zaiham, suspek disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya suspek turut disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan pengawasan tidak kurang daripada dua tahun.

“Suspek turut disiasat di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak kurang 10 tahun dan didenda tidak kurang dari RM50,000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya