Pemain pilihan ketiga, keenam pulang awal - Utusan Malaysia

Pemain pilihan ketiga, keenam pulang awal

GARBINE Muguruza kecewa selepas terpaksa pulang awal di Terbuka Australia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE : Pemain tenis veteran Perancis, Alize Cornet menyifatkan dirinya ‘terlalu tua’ walaupun berjaya menundukkan pemain nombor tiga dunia, Garbine Muguruza dalam pusingan kedua dengan kemenangan 6-3, 6-3, pada Terbuka Australia, semalam.

Pada perlawanan yang berlangsung di Rod Laver Arena itu, pemain Final WTA 2020, Muguruza,28, kelihatan bergelut dalam melakukan servis ketika bertemu dengan lawannya yang menduduki ranking ke-61 dunia.

Pada pertarungan yang berlangsung selama satu jam 27 minit itu, Cornet mempamerkan aksi lebih baik berbanding Muguruza.

“Saya telah mempamerkan perlawanan yang baik pada hari ini (semalam), fikiran saya juga dalam keadaan stabil, tidak letih dan mampu fokus dengan apa yang ingin dilakukan.

“Saya rasa seperti saya berada dalam prestasi terbaik kerana anda perlu mempamerkan permainan yang bagus apabila berdepan Muguruza. Dia merupakan pemain yang baik.

“Sehingga akhir perlawanan pun, dia tidak pernah mengalah untuk mendapatkan mata. Saya rasa pengalaman yang terdahulu telah membantu permainan saya,” ujar Cornet yang bakal menyambut hari lahirnya yang ke-32 Sabtu ini.

CLARA Tauson

Dalam perkembangan sama, pemain remaja Denmark, Clara Tauson menampilan aksi cemerlang dengan menundukkan pemain pilihan keenam, Anett Kontaveit.

Pemain berusia 19 tahun itu membuat penampilan pertamanya dalam pertarungan semalam yang berlangsung di Melbourne Park dan berjaya membuktikan bahawa dirinya terlalu bagus untuk Kontaveit berdasarkan kemenangan 6-2, 6-4.

Tauson selepas ini layak ke pusingan ketiga dan bakal bertemu dengan peserta separuh akhir pada 2019 yang juga pemain pilihan ke-27 Terbuka Australia, Danielle Collins. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN