Parti Bangsa Malaysia: Zuraida 'kunci mulut' - Utusan Malaysia

Parti Bangsa Malaysia: Zuraida ‘kunci mulut’

ZURAIDA Kamaruddin (kanan) bertanyakan sesuatu kepada seorang penduduk ketika Program Ziarah Prihatin Pasca Banjir di Pengkalan, Alor Gajah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Zuraida Kamaruddin dilihat mengambil pendekatan ‘kunci mulut’ ketika diajukan soalan berhubung Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, buat masa ini beliau tidak mahu memikirkan soal politik, sebaliknya menegaskan hanya fokus melunaskan amanah sebagai menteri.

Katanya, dirinya lebih mengutamakan hala tuju negara berbanding rencana politik peribadi.

“Saya tidak mahu fikirkan soal politik, saya kini mengutamakan kerja-kerja untuk meningkatkan pasaran sawit dan pendapatan negara.

“Itu lebih penting dalam keadaan pasca pandemik ini, kita harus berusaha untuk menstabilkan ekonomi,” katanya ketika ditemui selepas Program Ziarah Prihatin Pasca Banjir di Pengkalan di sini hari ini.

Sebelum ini, Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi bersama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali antara dua Ahli MPT Bersatu yang disebut-sebut bakal menyertai PBM.

Ia susulan dua figura politik berkenaan merupakan individu yang rapat dengan pemegang jawatan dalam parti berbilang banga yang baharu ditubuhkan itu.

Antaranya ialah Timbalan Presiden I PBM, Haniza Mohamed Talha; Ketua Wanita, Daroyah Alwi dan Setiausaha Agung, Nor Hizwan Ahmad.

Ketika diminta mengulas kenyataan Presiden parti itu, Larry Sng Wei Shien yang tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN), Zuraida memberitahu, beliau tidak mengetahui akan perkara tersebut.

“Kenyataan apa yang dikeluarkan oleh Larry itu, saya tiada maklumat (tepat) sebenarnya,” jawabnya ringkas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya