Pahang peruntuk RM10 juta bagi Kad Kesihatan Warga Emas - Utusan Malaysia

Pahang peruntuk RM10 juta bagi Kad Kesihatan Warga Emas

WAN ROSDY Wan Ismail (kanan) menyampaikan Kad Kesihatan Warga Emas Pahang kepada seorang penerima pada majlis pelancaran inisiatif kad itu di Dewan Jubli Sultan Haji Ahmad Shah di Rompin, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Kerajaan negeri memperuntukkan RM10 juta pada tahun ini bagi melaksanakan program pemberian Kad Kesihatan Warga Emas Pahang atau Kad Kesihatan Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kasih) yang dilancarkan pada 18 Januari lalu.

Inisiatif yang julung kali dilaksanakan tersebut bakal memberi manfaat kepada 18,000 orang penerima.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kad bernilai RM500 itu boleh digunakan bagi rawatan prosedur am dan rawatan awal di klinik swasta seluruh negeri ini yang dilantik sebagai panel di bawah program itu.

“Seramai 9,009 penerima Bantuan Orang Tua (BOT) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang bakal menerima kad ini untuk fasa pertama.

“Senarai 8,991 penerima selebihnya yang memenuhi syarat dan berkelayakan akan dimasukkan dalam senarai fasa kedua yang dijangka akan menerima manfaat itu bermula 1 Mac depan,” katanya selepas melancarkan kad kesihatan itu di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 100 orang penerima dari daerah Rompin telah menerima kad masing-masing.

Yang hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.

Pemberian kad kesihatan itu juga sebagai tanda komitmen kerajaan negeri dalam memenuhi keperluan asas rakyat daripada segenap usia yang menjadi antara asas Belanjawan Pahang 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya