Malaysia, negara EFTA teroka kerjasama latihan semula tenaga kerja

Malaysia, negara EFTA teroka kerjasama latihan semula tenaga kerja

STEVEN SIM CHEE KEONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia dan negara-negara anggota Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA) bakal memperkukuh kerjasama dalam bidang latihan semula tenaga kerja, pembangunan kemahiran serta amalan buruh mampan susulan pemeteraian Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia–EFTA, 11 April lalu. 

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, kerjasama tersebut membuka lembaran baharu dalam hubungan Malaysia dengan EFTA yang dianggotai Norway, Switzerland, Iceland dan Liechtenstein.

“Malaysia komited untuk membawa standard pasaran buruh ke tahap antarabangsa.

“Kerjasama ini bakal memperkukuh latihan vokasional, latihan semula tenaga kerja, serta perlindungan hak pekerja,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, Malaysia turut berkongsi usaha pembaharuan pasaran buruh termasuk penambahbaikan terhadap lebih 100 undang-undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) serta peningkatan kadar bayaran manfaat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebanyak 20 peratus.

Katanya, kerajaan turut melaksanakan kenaikan gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 serta memperkenalkan inisiatif gaji progresif bagi memperkukuh perlindungan dan kesejahteraan pekerja.

Beliau berkata, delegasi EFTA yang diketuai oleh Ketua Delegasi Iceland, Grímur Grímsson, turut menyatakan komitmen bahawa FTA bukan sekadar memperluas perdagangan, malah memperkukuh hak asasi manusia, standard buruh dan perlindungan alam sekitar.

“Perbincangan kedua-dua pihak mengenal pasti beberapa bidang utama untuk kerjasama, antaranya meningkatkan sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Malaysia dengan inspirasi daripada model pendidikan EFTA.

“Selain itu, kerjasama turut meliputi pembangunan peluang pekerjaan dalam sektor teknologi maju seperti tenaga boleh diperbaharui dan inovasi kesihatan, serta usaha memperkukuh perlindungan sosial dan peranan kesatuan sekerja,” katanya. 

Selain itu, kerjasama tersebut turut meliputi pembangunan peluang pekerjaan dalam sektor teknologi maju seperti tenaga boleh diperbaharui dan inovasi kesihatan, serta usaha memperkukuh perlindungan sosial dan peranan kesatuan sekerja.

“Ketika Malaysia berusaha mentransformasikan pendidikan vokasional dan memperkasa tenaga kerja dengan kemahiran masa depan termasuk keupayaan AI, kami amat mengalu-alukan dialog serta kerjasama lebih mendalam dengan negara-negara EFTA,” katanya.

Menurut beliau, pertemuan itu diakhiri dengan komitmen untuk mengadakan dialog berterusan dan memperkasa kerjasama mempertingkatkan amalan terbaik pasaran buruh.

Difahamkan, delegasi turut disertai Thomas Aeschi (Ketua Delegasi Switzerland), Trine Lise Sundnes (Ketua Delegasi Norway), Sebastian Gassner (Ketua Delegasi Liechtenstein), serta Chantal Moser, Duta Besar Switzerland ke Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN