Orang tengah jual sijil vaksin direman tujuh hari - Utusan Malaysia

Orang tengah jual sijil vaksin direman tujuh hari

Suspek diiring keluar oleh pegawai SPRM selepas reman dibenarkan di Mahkamah Majistret hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Orang tengah yang disyaki terlibat dalam sindiket penjualan sijil digital vaksinasi Covid-19 direman selama tujuh hari bermula semalam.

Lelaki berusia 31 tahun itu diperintahkan menjalani reman sehingga 18 Januari ini setelah permohonan reman dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibenarkan oleh Majistret Jessica Ombou Kakayun hari ini.

Suspek ditahan reman bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan bagi menyiasat kes berskala sindiket yang dipercayai membabitkan golongan anti vaksin.

Pihak SPRM juga sedang mengesan sekiranya terdapat rakan jenayah lain yang turut terlibat dalam pengeluaran sijili digital palsu tersebut.

Setakat ini, enam individu telah dikesan tidak menerima vaksin namun berjaya memperoleh sijil digital vaksinasi.

Suspek yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah agar mengurangkan tempoh remannya memandangkan suspek perlu menjaga ibu bapa yang tidak sihat dan mempunyai seorang abang orang kelainan upaya (OKU).

Lelaki berkenaan ditahan di Pejabat SPRM semalam kerana disyaki mengambil bayaran RM2,000 daripada orang awam untuk mendaftarkan sijil digital vaksinasi Covid-19 di dalam aplikasi MySejahtera tanpa perlu mengambil suntikan vaksin pada Oktober tahun lalu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya