'Orang lain himpun #TangkapAzamBaki, dia angkat plakad sokong Lee Zii Jia' - Utusan Malaysia

‘Orang lain himpun #TangkapAzamBaki, dia angkat plakad sokong Lee Zii Jia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Himpunan #TangkapAzamBaki semalam yang bertujuan menentang gejala rasuah dalam sistem pentadbiran negara mendapat perhatian sebaliknya.

Ini apabila seorang peserta bertindak mengangkat plakad tertulis: “LEEZIIJIA, Malaysia Stand with you!”.

Gambar wanita memegang plakad itu tular dalam media sosial dan mendapat pujian ramai pihak.

Sebelum ini, tindakan Lee Zii Jia untuk meninggalkan skuad kebangsaan menyebabkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memutuskan untuk tidak mendaftarkannya dalam mana-mana kejohanan untuk tempoh dua tahun.

BAM mengumumkan Zii Jia dan seorang lagi bekas pemain kebangsaan, Goh Jin Wei tidak akan didaftarkan dalam dua sebarang kejohanan dalam tempoh dua tahun.

Tindakan itu susulan keputusan pemain berusia 23 tahun tersebut untuk meninggalkan BAM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya