Operator kilang maut langgar lori rosak - Utusan Malaysia

Operator kilang maut langgar lori rosak

KEADAAN motosikal mangsa selepas berlanggar dengan sebuah lori rosak yang diparkir di tepi jalan di Kilometer 1 Jalan Tenggaroh-Tanjung Leman di Mersing, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah lori rosak yang diparkir tepi jalan di Kilometer 1, Jalan Tenggaroh-Tanjung Leman, di sini.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Cyril Edrward Nuing berkata, kejadian berlaku pada pukul 8.55 pagi melibatkan motosikal jenis Honda Wave dan lori yang membawa muatan pasir.

Katanya, kemalangan menyebabkan mangsa, Ikram Hakim Azhar, 20, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.

“Kemalangan dipercayai berlaku ketika motosikal dinaiki mangsa dalam perjalanan pulang dari sebuah kilang di Kota Tinggi dan berlanggar dengan sebuah lori yang diletakan di bahu jalan kerana mengalami kerosakan. Akibat pelanggaran tersebut, penunggang motosikal yang bekerja sebagai operator itu telah tersepit di bahagian belakang lori dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Namun, pemandu lori berusia 32 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Mersing bagi tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya