'(Netizen) Masa komen macam tiger, bila jumpa macam baby' - Ali Puteh - Utusan Malaysia

‘(Netizen) Masa komen macam tiger, bila jumpa macam baby’ – Ali Puteh

ALI PUTEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Masa komen macam tiger, bila jumpa semua macam baby“.

Demikian tegas pelawak, Ali Puteh, mengenai sikap netizen yang sering memberikan komen negatif terhadap dirinya di laman media sosial.

Status beliau di Instagram pada awalnya berbunyi: “Ada netizen yang masih komen benci, meluat, tamak harta, hidup senang dengan harta arwah Abam. Jawapan yang saya boleh bagi adalah, setting (tetapkan) tempat, beritahu kat mana, saya datang jumpa, baru sedap kopi-kopi”.

Beliau kemudiannya menulis: :”Bukan nak riak takbur, bukan nak bergaduh atau sebagainya. Cuma nak jumpa dan berborak. Jngan komen-komen tak sedap. Sebab dah banyak kali ke balai jumpa netizen pasal kes ni. Bila depan polis semua comel-comel belaka macam anak kucing. Masa komen mcm tiger, bila jumpa semua macam baby, ala-ala comel”.

Ali Puteh turut memberi peringatan kepada netizen, beliau bukan hendak bergaduh, cuma selesa apabila bercakap secara berdepan.

“Harap mana yang saya pernah jumpa di balai tu munculkan diri komen okey. Ada video semua cuma tak nak sebarkan malu kat netizen-netizen yang saya jumpa macam kucing tu.

“Cuma pesan berpada-padalah bila komen. Nak kepastian, tetapkan tempat, kita kopi-kopi (berdepan),” katanya.

Dalam laporan akhbar sebelum ini, Ali Puteh seringkali dilemparkan dengan pandangan hina masyarakat dan netizen yang tergamak memberi pelbagai julukan tidak baik padanya termasuk menggelarnya sebagai si pemakan harta anak yatim dan makan harta arwah abang.

“Mana mereka tahu saya guna duit arwah? Saya tak tipu, memang saya cari individu yang lemparkan fitnah itu. Saya berjaya dapat nombor telefonnya dan apabila dihubungi , tiba-tiba dia kata nombor telefon itu untuk urusan bisnes dan milik saudaranya. Bila saya tekankan untuk berjumpa, seolah-olah berdalih. Saya tak minta banyak, cuma nak minta orang yang lempar fitnah sebegini sertakan bukti, kalau betul apa yang mereka tuduh itulah. Disebabkan saya tahu diri tak bersalah, maka tiada masalah bersemuka dengan orang macam ini,” katanya.

Beliau pernah memberi amaran berikut: “Bila ajak bersemuka, minta bukti. Bila saya nak saman, eh, tiba-tiba macam-macam alasan dan cerita sedih keluar. Akaun media sosial kena sabotajlah, digodamlah, dia orang susahlah, stres akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mengarut! Semasa mereka menulis dan menyebarkannya, tak pula fikir semua itu? Kalau artis lain bolehlah mereka buat macam itu sebab ada yang jenis tak baca komen dan tak kisah. Maaf, saya artis yang baca komen dan akan cari setiap orang yang cuba mencipta masalah dengan saya. Jadi jangan cuba-cuba tabur fitnah tak berasas”.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN