Negeri Sembilan Antlers tambah derita Johor Tigris - Utusan Malaysia

Negeri Sembilan Antlers tambah derita Johor Tigris

TEKONG Negeri Sembilan Antlers, Mohamad Hisham Mat (kanan) melakukan libasan ketika menentang Johor Tigris pada kejohanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/22 di Stadium Titiwangsa di sini, hari ini. UTUSAN: FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan Antlers menghampakan Ultras Johor yang hadir di Stadium Titiwangsa dengan menewaskan Johor Tigris dalam aksi Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/22 sebentar tadi.

Skuad rusa itu menang 21-16 di set pertama selepas bijak memperdayakan Johor dalam melakukan serangan balas.

Bagaimanapun, pasukan harimau selatan itu menunjukkan kebangkitan di set kedua dengan meraih kemenangan 21-18.

Stadium Titiwangsa yang dimeriahkan dengan sokongan dari Ultras Johor, tidak mengganggu persembahan Negeri Sembilan apabila tenang memenangi set penentuan dengan keputusan 21-16.

Setakat ini, Negeri Sembilan menduduki tangga kelima liga dengan mencatat empat kemenangan dan tiga kekalahan dalam saingan musim ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya