Mohd. Shukri enggan ulas, gesa tumpu masalah rakyat - Utusan Malaysia

Mohd. Shukri enggan ulas, gesa tumpu masalah rakyat

MOHD. SHUKRI ABDULL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull enggan mengulas isu pemilikan saham melibatkan Tan Sri Azam Baki.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mohd. Shukri berkata, sepatutnya semua pihak perlu memberikan tumpuan kepada penderitaan rakyat akibat musibah banjir yang berlaku pada baru-baru ini berbanding isu kontroversi.

“Maaf, saya tak mahu komen. Dalam suasana rakyat yang banyak derita akibat banjir, ramai yang hilang rumah, hilang harta benda malah hilang nyawa, sepatutnya memberi tumpuan membantu mangsa-mangsa yang terlibat bukannya fokus pada isu-isu yang kontroversi seperti ini. 

“Lebih mengundang dosa daripada pahala akibat tuduh menuduh, menghina, fitnah dan macam-macam lagi,” katanya.

Pada Rabu lalu, Azam yang merupakan Ketua Pesuruhjaya SPRM menjelaskan menjelaskan isu adiknya, Nasir Baki menggunakan akaunnya untuk membeli saham tidak harus menjadi isu dan memaklumkan sesiapa sahaja boleh menggunakan akaun orang lain untuk membeli saham di pasaran terbuka dan ia tidak menjadi satu kesalahan untuk berbuat demikian.

Sebelum ini, Mohd. Shukri pernah menjadi orang nombor satu SPRM atau bos kepada Azam bagi tempoh dua tahun iaitu mulai 18 Mei 2018, namun beliau memohon untuk memendekkan perkhidmatan kontraknya.

Beliau pernah berkhidmat selama 32 tahun di SPRM sebelum bersara pada 4 Oktober 2016 dengan jawatan terakhir sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM.

Tempat Mohd. Shukri kemudian digantikan oleh Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Koya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya