MANILA: Filipina berjaya menyelesaikan misi pembekalan semula kepada tenteranya di beting Laut China Selatan (LCS) tanpa sebarang gangguan, hari ini.
Ini adalah misi pertama di bawah perjanjian baharu dengan China yang bertujuan untuk meredakan ketegangan.
Minggu lalu, Filipina dan China mengumumkan ‘perjanjian sementara’ mengenai misi pembekalan semula Manila kepada kontinjen di kapal tentera laut yang berpangkalan di Second Thomas Shoal.
Ia susulan daripada beberapa pertempuran antara kapal yang menimbulkan kebimbangan serantau mengenai kemungkinan peningkatan permusuhan.
Kementerian Luar Filipina berkata, misi itu melibatkan kapal awam, diiringi pengawal pantai Filipina, tanpa sebarang insiden tidak diingini dilaporkan.
Sementara itu, Kedutaan China di Manila tidak segera memberi maklum balas mengenai misi tersebut.
Filipina sengaja mengalihkan kapal lama dari AS yang berkarat di beting itu pada 1999, dalam usaha untuk menuntut wilayahnya dan mengekalkan kehadiran pasukan kecil di sana.
Langkah itu menimbulkan kemarahan China, yang menempatkan pengawal pantai di kawasan tersebut.
Filipina dan China menegaskan, perjanjian sementara itu tidak akan mengubah pendirian mereka mengenai wilayah berkenaan.- REUTERS











