Merusuh: Polis tahan dua lelaki - Utusan Malaysia

Merusuh: Polis tahan dua lelaki

TANGKAP layar kejadian rusuhan membabitkan sekumpulan individu termasuk pekerja penghantaran makanan di kawasan Station 18 di Ipoh, semalam. - UTUSAN/FOTO MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes insiden merusuh di hadapan sebuah restoran di Station 18 dekat sini yang tular dalam media sosial, awal pagi tadi.

Dua lelaki berusia 23 dan 27 tahun itu ditahan di lokasi kejadian.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihak polis mengesan satu hantaran dalam media sosial berkaitan pergaduhan yang berlaku di kawasan Station 18 di mana laporan polis berhubung kejadian itu telah dibuat pada pukul 11.51 malam, semalam.

Katanya, siasatan mendapati insiden itu melibatkan seorang lelaki yang dituduh mencuri telefon bimbit.

“Ekoran tuduhan itu, telah berlaku kejadian kejar mengejar antara mangsa dan suspek sehingga kereta dipandu mangsa melanggar sebuah kenderaan lain sebelum berlaku rusuhan oleh sekumpulan individu termasuk pekerja penghantaran makanan.

“Akibat rusuhan itu, kenderaan mangsa dirosakkan dengan menggunakan kerusi dan kon plastik serta batu,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan, punca kejadian akibat salah faham dan kecurian telefon bimbit oleh mangsa yang tidak dapat dibuktikan.

“Ekoran kejadian itu, kita telah menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian itu untuk siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.

“Kita sedang mengesan beberapa individu lain bagi membantu siasatan kes tersebut. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu juga diminta tampil memberi keterangan,” katanya.

Terdahulu, beberapa video dan gambar kejadian itu tular dalam media sosial yang memaparkan sekumpulan individu bertindak agresif dengan mengejar dan mengepung sebuah kereta Perodua Bezza dipandu seorang lelaki.

Kejadian yang berlaku di hadapan sebuah restoran itu juga menunjukkan orang ramai merosakkan kenderaan mangsa termasuk memecahkan cermin kereta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya