Mayat bayi cukup sifat ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat bayi cukup sifat ditemukan

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang bayi perempuan cukup sifat ditemukan di kawasan rumput berhampiran Blok A Flat Danau Kota, Jalan 3/23D Danau Kota di sini pagi tadi. 

Mayat bayi dipercayai berusia sehari itu ditemukan orang awam sebelum memaklumkan penemuan itu pada pukul 8.21 pagi. 

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju telah menjalankan siasatan di tempat kejadian. 

“Hasil penemuan di tempat kejadian dapati bayi itu dipercayai berusia sehari namun bangsanya tidak pastikan. 

“Mayat bayi tersebut telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit.

Sehubungan dengan itu, orang ramai  yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Daerah Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Kuala Lumpur 03-21159999 atau mana-mana Balai Polis berhampiran.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.