Mangsa banjir Melaka hampir 2,600 orang - Utusan Malaysia

Mangsa banjir Melaka hampir 2,600 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Mangsa banjir di Melaka terus meningkat pagi ini dengan seramai 2,537 orang telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 1,778 orang, malam tadi. 

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Lt. Kol. (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, setakat pukul 8 pagi tadi, sebanyak 22 PPS dibuka di ketiga-tiga daerah yang terjejas. 

“Pada pagi ini, seramai 2,537 mangsa banjir telah dipindahkan ke PPS selepas kediaman mereka dinaiki air. 

“Seramai 1,391 mangsa membabitkan daerah Melaka Tengah, Alor Gajah (1,050) dan Jasin (131),” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, jumlah kawasan yang dinaiki air banjir juga meningkat kepada 32 kawasan dengan 14 di Alor Gajah dan masing-masing sembilan di Melaka Tengah dan Jasin. 

Ujarnya, di Alor Gajah, kawasan terjejas melibatkan Kampung Gadek Dalam, Taman Seri Bayu 1 dan 2, Pengkalan, Kampung Panchor, Kampung Beringin, Kampung Sungai Siput, Lubok China, Kampung Jeram, Kampung Belimbing, Kampung Pulau, Kampung Telok Berembang, Kampung Bukit Balai, Kampung Gangsa dan Taman Angkasa Nuri.

“Di Melaka Tengah membabitkan Kampung Lanjut Manis, Padang Siapong, Kampung Tanah Merah, Taman Merdeka Jaya, Taman Tambhy Chik Karim, Rumah Awam Peringgit, Kampung Bachang Darat, Balai Panjang dan Bertam Malim.

“Di Jasin pula, kawasan yang terjejas ialah di Kampung Parit Penghulu, Kampung Lanchang Kampung Tersusun Rambai Jaya, Kampung Tasek, Chincin Hulu, Chohong dan Terentang,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN