Mangsa banjir di NS meningkat 1,714 - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di NS meningkat 1,714

ANTARA mangsa terjejas banjir yang ditempatkan di Dewan Desa Dangi, Kuala Pilah.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Mangsa banjir di tiga buah daerah di Negeri Sembilan iaitu Tampin, Jempol dan Kuala Pilah yang kini berada di pusat pemindahan sementara (PPS) kini meningkat kepada seramai 1,714 orang setakat pukul 3 petang ini. 

Menerusi laporan yang dikeluarkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Negeri Sembilan, sebanyak 16 buah PPS telah dibuka di tiga buah daerah tersebut sejak awal pagi semalam.

Tampin mempunyai PPS terbanyak apabila 10 buah PPS telah dibuka dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kelamah menempatkan bilangan mangsa teramai iaitu 786 orang daripada 203 buah keluarga.

Ia diikuti oleh PPS Sekolah Agama Rakyat Jelai 4 yang menempatkan seramai 266 orang mangsa terjejas banjir daripada 49 buah keluarga.

Di Jempol pula, sebanyak empat buah PPS dibuka dengan SJK (T) Ladang Sialang menempatkan seramai 119 orang mangsa yang melibatkan 28 buah keluarga ketika ini.

Di Kuala Pilah, dua buah PPS telah dibuka termasuk Dewan Desa Dangi yang kini menempatkan seramai 126 orang mangsa daripada 36 buah keluarga.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya