Malu punca ramai tidak hadir ujian mamogram 

Malu punca ramai tidak hadir ujian mamogram 

WAN Norashikin Wan Noordin (berdiri, tengah) berbual dengan peserta pada Program Ceramah Awam dan Bengkel Pesakit Kanser Payudara 2022 di Ipoh, hari ini. - FOTO/MOHAMAD HAFIZI MOHD. SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Malu untuk menjalani ujian mamogram sebab utama ramai wanita di negeri ini yang menerima subsidi ujian itu tidak hadir untuk pemeriksaan kesihatan payudara di hospital.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri, Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Noordin berkata, rasa malu menjalani ujian mamogram berlaku dalam kalangan wanita luar bandar.

Menurutnya, sebanyak 23,218 wanita di negeri ini berdaftar bagi mendapatkan subsidi ujian mamogram namun hanya 19,828 sahaja yang menjalani ujian itu untuk tempoh tahun 2013 sehingga September 2019.

Katanya, tahun lalu 1,031 wanita telah mendaftar untuk menjalani ujian subsidi mamogram namun hanya 880 sahaja yang menjalani ujian.

“Kesedaran masih kurang dalam masyarakat di mana masih ada perasaan malu dalam kalangan mereka. Sudah sampai masanya mereka kena ubah persepsi itu dan jangan kata kanser payudara adalah hal wanita.

“Hari ini satu komuniti kena ambil tahu termasuk pasangan, anak-anak, ahli keluarga dan pemimpin masyarakat kerana ia bukan lagi masalah malu, sudah sampai masa kita lebih terbuka mengenai perkara ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program Ceramah Awam dan Bengkel Pesakit Kanser Payudara 2022 di Hotel Sunway Lost World Tambun, di sini hari ini.

Wan Norashikin berkaya, selain rasa malu, masalah pengangkutan juga merupakan antara penyumbang kepada ketidakhadiran golongan wanita yang menerima subsidi menjalani ujian mamogram.

Menurutnya, ini kerana ada di antara mereka yang tinggal jauh dari hospital swasta yang berdaftar sebagai panel di bawah program subsidi itu.

Katanya, kerajaan negeri sudah mengambil maklum mengenai masalah itu.

“Dalam hal ini, wakil rakyat perlu maikan peranan dengan menyediakan kenderaan bagi membolehkan wanita menjalani ujian pemeriksaan kesihatan payudara.

“Kajian menunjukkan sembilan daripada 10 kes kanser payudara dapat dikesan melalui ujian mamogram, pengesanan awal dapat menyelamatkan nyawa,” katanya.

Menurut Wan Norashikin, terdapat enam buah hospital swasta yang berdaftar di bawah program subsidi ujian mamogram di negeri ini antaranya Ipoh, Taiping dan Teluk Intan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN