Lima pembeli vaksin palsu dari Terengganu - Utusan Malaysia

Lima pembeli vaksin palsu dari Terengganu

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Polis sudah mengambil keterangan kesemua lima individu yang membeli sijil vaksinasi palsu di sebuah klinik swasta di Marang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden M. Zambri Mahmud berkata, kesemua mereka adalah penduduk tempatan dan berusia dalam lingkungan 30-an.

“Kelima-lima individu itu dari Terengganu dan keterangan mereka sudah diambil untuk membantu siasatan.

“Seorang daripadanya mengesyaki ditipu kerana masih tidak menerima sijil vaksinasi hingga kini walaupun bayaran sudah dibuat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, lima individu berkenaan bersetuju menjadi saksi berhubung kes penipuan membabitkan seorang doktor berusia 51 tahun yang didakwa menjual sijil vaksinasi palsu.

Suspek yang ditahan pada 8 Januari lalu dipercayai melakukan perbuatan itu sejak September 2020 selepas premisnya diberikan kebenaran mengendalikan suntikan vaksinasi secara berbayar.

Antara pelanggannya termasuk dari Kuala Lumpur, Pahang, Kedah dan Johor dengan kadar bayaran yang dikenakan antara RM400 hingga RM600 seorang.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN