Lima lagi suspek baharu dikehendaki ESSCOM - Utusan Malaysia

Lima lagi suspek baharu dikehendaki ESSCOM

SENARAI lima suspek baharu dalam senarai individu dikehendaki ESSCOM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU: Lima suspek baharu dimasukkan dalam senarai individu dikehendaki oleh pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Lima individu dikehendaki itu ialah Ahadin Hussein; Ellam Sajirin @ Nasirin; Ismurah Jirah, Madjid Said @ Ammah Pattit dan Mudzrimar @ Mundi Sawadjaan.

Komander ESSCOM, Deputi Komisioner Hamzah Ahmad berkata, tiga daripada mereka iaitu Ahadin, Ellam dan Ismurah disyaki berperanan sebagai penjaga dan terlibat dalam kes penculikan di perairan Tambisan.

HAMZAH AHMAD

Beliau berkata, Madjid Said pula disyaki berperanan sebagai ketua paling berusia dalam Daulah Islamiah (DI) di Sulu dan bertindak sebagai Komander Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) Sulu serta sub-ketua yang bakal menggantikan Hatib Hajan Sawadjaan.

Inidividu terakhir iaitu Mudzrimar merupakan anak saudara kepada Hatib Hajan Sawadjaan dan sub-ketua dalam ASG dan mempunyai kepakaran membuat bom serta perancang letupan bagi insiden di  The Our Lady Of Mount Carmel Cathedral Jolo pada 27 Januari 2020 dan insiden lain di Jolo pada 24 Ogos 2020.

“Senarai terbaharu ini diperoleh susulan kejayaan pasukan ESSCOM menumpaskan sel-sel ASG pada tahun lalu.

“Seramai 20 individu warga asing yang mempunyai hubungan dengan ASG berada dalam senarai dikehendaki pihak berkuasa bagi membantu siasatan dalam kes-kes jenayah rentas sempadan dan penculikan untuk wang tebusan (KFR) di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Sementara itu, 15 suspek masih kekal berada dalam senarai individu dikehendaki dan ia termasuk Salip Mura, Al Munjir Yadah, Ben Tatoh Quirino, Basaron Arok, Mujimar Sawadjaan @ Rasad, Marajan @ Manajan Asiri, Jul Aksant Abdurajan @ Halimaw, Jul @ Jun Hasan, Barak Undog @ Alvin, Hamsan Pakkan @ Black Cobra, Sabri Madrasul @ Salip Jul, Hadji Wahad @ Talip, Tampi @ Bunju, Haibin Mubin @ Apo Kuhambo dan Sangbas Parisko.

Lima individu yang sebelum ini berada dalam senarai dikehendaki telah dikeluarkan susulan kesemua mereka ditembak mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Filipina di selatan negara tersebut.

Lima individu itu ialah Apo Mike @ Majan Sahidjuan, Raden Abuh, Long Sahirin, Japs Sawadjaan @ Musafar Sawadjaan dan Halipa.

Mengulas lanjut katanya, ESSCOM akan memperhebatkan operasi-operasi khas untuk menjejak anasir-anasir terbabit dan melancar operasi bersepadu laut dan darat bagi membanteras elemen-elemen tidak diingini di ESSZone dan juga penceroboh yang mengganggu-gugat keamanan dan keselamatan di kawasan ini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai senarai individu dikehendaki boleh menghubungi Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863 181 atau salurkan maklumat melalui aplikasi Whatsapp di talian 011-63311072.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya