Lelaki maut motosikal langgar tiang - Utusan Malaysia

Lelaki maut motosikal langgar tiang

KEADAAN mangsa yang maut setelah motosikalnya melanggar tiang di tepi jalan dekat Kampung Penderas, Slim River semalam. - UTUSAN/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh tiang di tepi jalan dekat Kampung Penderas, Slim River di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, lelaki warga Indonesia berusia 46 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kemalangan berlaku ekoran motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang mangsa hilang kawalan di kawasan selekoh berhampiran Kampung Penderas.

Katanya, keadaan itu menyebabkan motosikal lelaki tersebut terbabas lalu melanggar tiang di kiri jalan dan mangsa cedera parah di kepala.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Slim River untuk bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN