Lelaki maut, kereta terbabas langgar belakang Exora - Utusan Malaysia

Lelaki maut, kereta terbabas langgar belakang Exora

PROTON Iswara dipandu mangsa terbabas dalam parit selepas melanggar belakang sebuah kereta di Kilometer 53, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Tapah tengah malam tadi. - UTUSAN/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Seorang lelaki maut dalam nahas membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 53, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di sini, tengah malam tadi.

Nahas pada pukul 12.45 tengah malam itu mengorbankan D. Sivabalan, 50, di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan berlaku apabila kereta Proton Iswara dipandu mangsa melanggar bahagian belakang Proton Exora dipandu lelaki berusia 21 tahun di arah bertentangan.

Katanya, kejadian itu menyebabkan kereta mangsa terbabas ke dalam parit sebelah kanan jalan menuju arah Kuala Lumpur.

“Mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat.

“Siasatan awal mendapati, nahas berlaku apabila kereta mangsa masuk ke lorong bertentangan dan melanggar sebuah kereta lain sebelum terbabas masuk ke dalam parit,” katanya.

Siasatan lanjut kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya