Lelaki diburu selepas bertindak tidak bermoral dalam LRT - Utusan Malaysia

Lelaki diburu selepas bertindak tidak bermoral dalam LRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rapid Rail Sdn. Bhd. sedang mencari seorang lelaki yang disyaki melakukan tindakan tidak bermoral di hadapan seorang penumpang wanita dalam tren Laluan Kelana Jaya, kira-kira pukul 10 pagi semalam.

Katanya, wanita berkenaan yang menaiki tren bernombor 49 terserempak dengan suspek ketika tren melalui terowong antara Stesen KLCC dan Stesen Ampang Park.

“Beliau seterusnya membuat aduan kepada pegawai stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dan dibawa oleh anggota Polis Bantuan Prasarana bagi membuat laporan di Balai Polis Gombak.

“Rapid Rail memandang serius tingkah laku dan aktiviti kurang sopan sehingga mencetuskan rasa tidak selamat dan tidak selesa kepada pengguna lain khususnya di dalam pengangkutan awam kendaliannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan kejadian itu, Rapid Rail berkata Pasukan Tindakan Khas (SAT) iaitu unit di bawah Polis Bantuan Prasarana telah digerakkan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjejaki dan mengenal pasti suspek.

“Rapid Rail menyeru kepada pengguna agar terus melaporkan kepada pihak polis bantuan atau kakitangan operasi di stesen sekiranya berdepan dengan situasi jenayah seperti ini. 

“Ia bagi membolehkan tindakan pantas untuk menangkap suspek dapat dilakukan,” katanya.

Tambahnya, pengguna juga boleh menghubungi talian bantuan Rapid KL bagi melaporkan sebarang aktiviti jenayah atau berhadapan situasi cemas ketika menggunakan perkhidmatan Rapid KL menerusi nombor 03-7885 2585.

“Pihak Rapid Rail komited dalam menjaga keselamatan dan keselesaan pengguna dan berterima kasih atas sokongan berterusan pengguna turut sama membantu kami mencegah dan membanteras jenayah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya