Lelaki cuba samun wanita ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki cuba samun wanita ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam cubaan samun dan mencederakan wanita warga asing di Seksyen 4 di sini, kelmarin.

Lelaki itu ditahan kira-kira pukul 10 malam selepas 10 jam melakukan jenayah itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita warga asing yang berusia 50 tahun pada pukul 12.28 tengah hari yang memaklumkan cedera ditoreh di pergelangan tangan oleh lelaki terbabit.

“Susulan itu, suspek yang berusia 32 tahun ditahan di kawasan tempat letak kereta di Taman Sri Manja pada pukul 10 malam.

“Ketika ditahan, suspek bertindak agresif dan cuba melarikan diri namun ditahan polis,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurut Mohamad Fakrudin, soal siasat mendapati suspek mengaku melakukan samun dengan mengacukan pisau kepada mangsa namun tidak sempat mengambil barang kerana diperhatikan orang awam di tempat kejadian.

“Suspek kini ditahan reman  enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.

Difahamkan, suspek memiliki 16 rekod jenayah lampau termasuk kes dadah.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya