Lebih baik mansuh jawatan Duta Khas daripada potong peruntukan atlet negara - Shamsul - Utusan Malaysia

Lebih baik mansuh jawatan Duta Khas daripada potong peruntukan atlet negara – Shamsul

SHAMSUL ISKANDAR MD. AKIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Barisan Nasional (BN)- Perikatan Nasional (PN) jelas tidak berwawasan dalam pembangunan atlet negara yang mengharumkan nama Malaysia apabila mengurangkan peruntukan latihan atlet kepada RM27.5 juta sahaja pada 2022.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, pengurangan peruntukan melatih atlet itu tidak wajar sama sekali memandangkan kerajaan mampu membayar lantikan Duta Khas Bertaraf Menteri yang mendapat elaun sehingga RM30,000 sebulan manakala kerajaan membayar RM48,000 sebulan untuk keseluruhan kakitangan mereka.

“Untuk apa melantik Duta Khas yang tidak diketahui bidang tugas mereka, dan rakyat pun tidak melihat mereka menyelesaikan apa apa urusan diplomatik negara?.

“Mengapakah peruntukan dibazirkan untuk tujuan politik, sedangkan dana tersebut boleh disalurkan kepada program sukan.

“Sekiranya atlet yang dilatih itu memenangi pingat maka nama Malaysia akan harum, berbanding dengan Duta Khas yang tidak pernah mengharumkan nama negara ini” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kelmarin, Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail dilapor berkata berikutan peruntukan yang dikurangkan majlis itu terpaksa melakukan penstrukturan semula skim bayaran elaun bagi atlet yang ditawarkan kontrak baharu untuk mengikuti program latihan tahun ini

Dengan pengurangan itu, dilaporkan Majlis Sukan Negara (MSN) terpaksa mengurangkan penyertaan atlet dalam program latihan tahun ini dan hanya 248 ditawarkan kontrak baharu berbanding 432 atlet tahun lalu.

Menurut Shamsul, tindakan mengurangan peruntukan latihan pada tahun ini adalah tidak bertanggungjawab kerana akan merosotkan prestasi sukan negara pada masa hadapan.

Katanya, untuk melahirkan atlet bertaraf antarabangsa mengambil masa bertahun lamanya. 

Namun, ujar beliau, terdapat pula atlet yang telah melepasi taraf tersebut digugurkan sebagaimana nasib juara dunia pertama sukan terjun Malaysia, Cheong Jun Hoong.

“Alasan pengguguran itu kerana prestasi kurang memberansangkan sejak 2018 serta faktor usia

“Jika itu alasannya mengapa tidak disediakan dana khusus untuk melatih atlet pelapis? Dengan memotong peruntukan tentunya atlet pelapis sukar dihasilkan pada masa hadapan,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN