Laluan jejantas SMK Pengkalan Permatang ditutup tiga hari - Utusan Malaysia

Laluan jejantas SMK Pengkalan Permatang ditutup tiga hari

KENDERAAN berat perlu melalui Jalan Raja Musa dan Jalan Rawang sebagai laluan alternatif bagi perjalanan antara Tanjong Karang dan Pusat Bandar Kuala Selangor selepas laluan utama ditutup berikutan kerja-kerja membaiki jejantas rosak selama tiga hari di hadapan SMK Pengkalan Permatang, Kuala Selangor, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Laluan di kawasan jejantas pejalan kaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Permatang di sini, yang merekah akan ditutup selama tiga hari bermula malam ini.

Penutupan sementara jalan bagi semua kenderaan itu ekoran pelaksanaan kerja menurunkan rasuk jejantas tersebut.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Selangor menerusi kenyataan berkata, kerja penurunan rasuk itu akan dijalankan pihaknya mulai 11 malam hingga 6.30 pagi Khamis ini.

Katanya, penutupan Jalan Klang-Sabak Bernam di lokasi itu akan mengakibatkan gangguan lalu lintas kepada pengguna.

“Bagi pemandu kenderaan berat, mereka  boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Sungai Terap, Jalan Raja Musa dan Jalan Rawang 1.

“Kenderaan ringan pula diminta menggunakan laluan alternatif di Jalan Bukit Belimbing,” kata kenyataan itu hari ini.

Semua pengguna diminta terus mematuhi papan tanda arahan yang disediakan JKR di lokasi berkenaan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi pejabat JKR Kuala Selangor di talian 03-32891040/1626.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan semua pengguna jalan raya diminta berwaspada ketika melalui jejantas di hadapan sekolah berkenaan yang didapati merekah.

Hasil pemeriksaan JKR mendapati berlaku rekahan pada struktur rasuk jejantas itu ekoran hentaman kenderaan berat.

Kerja pemasangan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) di lokasi turut dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN