'Kita dok fikir bantu mangsa banjir je, bila nak fikir cara basmi banjir?' - Utusan Malaysia

‘Kita dok fikir bantu mangsa banjir je, bila nak fikir cara basmi banjir?’

KAZAR - INSTAGRAM KAZAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Orang lain dah lawan (buat pertandingan) reka model bangunan kalis gempa, kita dok (masih) fikir bantu mangsa banjir je”.

Demikian tulis pelakon terkenal, Kazar dalam laman Instagram miliknya, baru-baru ini, merujuk kepada nilai-nilai terkehadapan negara luar menganjurkan pertandingan bangunan kalis gempa untuk dilaksanakan dalam pembinaan sesebuah bangunan.

“Kita dok fikir bantu mangsa banjir je. Bila nak fikir cara basmi banjir?” Soal beliau yang mendapat perhatian ramai warganet.

Banjir baru-baru ini dilihat cukup dahsyat khususnya melibatkan kawasan Shah Alam dan Hulu Langat, Selangor.

Kazar kemudiannya bertanyakan kepada pihak bertanggungjawab mengenai lebuh raya dari Slim River ke utara yang masih dua lorong.

“Bila nak fikir upgrade lebuh raya Slim River ke utara jadi tiga lorong? Kalau dua lorong bukan namanya lebuh raya, baru lebuh puasa je,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN