Kerani rugi RM132,000, tertipu pertandingan teka bola sepak - Utusan Malaysia

Kerani rugi RM132,000, tertipu pertandingan teka bola sepak

penipuan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang wanita menanggung kerugian RM132,000 selepas terpedaya dengan penipuan tawaran pertandingan teka bola sepak menerusi aplikasi 1B1D Football.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, mangsa merupakan seorang kerani sebuah syarikat swasta yang berusia 53 tahun telah diperkenalkan mengenai aplikasi itu oleh rakannya dan dijanjikan keuntungan dua peratus bagi setiap modal yang dimasukkan.

Jelas beliau, pengadu telah membuka lima akaun berasingan di aplikasi tersebut dengan bayaran keseluruhan yang dimasukkan adalah sebanyak RM132,000.

“Pengadu melakukan transaksi secara dalam talian untuk memasukkan modal menyertai pertandingan ini ke akaun RHB atas nama Kab Products Trading sebanyak enam kali transaksi.

“Semalam, pengadu cuba untuk mengeluarkan wang keuntungan yang diperoleh dengan menggunakan aplikasi tersebut tetapi akaun tersebut tidak dapat berfungsi dan baki modal pada akaun tersebut telah tiada.

“Pengadu yang mengesyaki ditipu, membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Chang Hook, siasatan lanjut terhadap kes akan diteruskan dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya