Guru mengaku terlibat gangguan seksual kanak-kanak dipenjara 240 tahun, sebat 160 kali 

Guru mengaku terlibat gangguan seksual kanak-kanak dipenjara 240 tahun, sebat 160 kali 

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Seorang guru sekolah rendah dijatuhi hukuman penjara 260 tahun dan 160 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Sri Aman selepas mengaku bersalah atas 64 pertuduhan berkaitan kesalahan seksual terhadap lapan kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 12 tahun. 

Hakim Iris Awen Jon menjatuhkan hukuman itu terhadap Wong Fei Sing, 35, selepas meneliti keseluruhan pertuduhan serta faktor pemberat dan mitigasi dalam kes berkenaan. 

Daripada keseluruhan 64 pertuduhan, sebanyak 22 per­­tuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, manakala 23 pertuduhan mengikut Seksyen 5 akta sama. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak menjadikan tempoh pemenjaraan efektif selama 60 tahun.

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman keseluruhan 160 sebatan, namun mengehadkannya kepada 24 sebatan mengikut peruntukan Seksyen 288 Kanun Tatacara Jenayah.

Selain itu, tertuduh diperintahkan menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan serta pengawasan selama dua tahun selepas dibebaskan.

Berdasarkan fakta kes, perbuatan seksual itu dilakukan terhadap lapan mangsa antara 2023 hingga Januari 2026 di beberapa lokasi dalam kawasan sekolah termasuk pusat sumber, bilik darjah dan bilik guru.

Antara perbuatan dilakukan tertuduh termasuk menyen­tuh bahagian sulit mangsa serta memasukkan jari dan alat penggetar ke bahagian sulit mereka.

Tertuduh turut didakwa me­narik rambut, menampar kepala dan pipi mangsa selain mengugut mereka supaya tidak mendedahkan perbuatan berkenaan.

Malah tertuduh turut menawarkan pelbagai hadiah termasuk papan luncur, kipas tangan, jam tangan dan peralatan persekolahan kepada salah seorang mangsa.

Siasatan turut mendapati tertuduh melakukan komunikasi berunsur seksual dengan mangsa, termasuk menunjukkan video pornografi kepada sekumpulan murid serta merakam perbuatan seksual di beberapa lokasi dalam kawasan sekolah.

Kes itu terbongkar selepas beberapa ibu bapa dan mang­sa membuat laporan polis berhubung salah laku seksual tertuduh.

Pemeriksaan forensik terhadap telefon bimbit, komputer meja dan beberapa cakera keras yang dirampas dari kediaman tertuduh turut menemukan gambar serta video yang disyaki mengandungi bahan penderaan seksual kanak-kanak.

Pendakwaan dikendali­kan Timbalan Pendakwa Ra­ya, Jonathan Lim Hsi How, manakala tertuduh diwakili peguam, Boston Ho dan Clement Hii.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini