Kena sita simpan minyak masak bersubsidi di premis lain

Kena sita simpan minyak masak bersubsidi di premis lain

SEBUAH syarikat pembungkus minyak masak bersubsidi menyimpan barangan tersebut di premis lain disita KPDNHEP di Shah Alam, Selangor pada Khamis lalu. - FOTO/KPDNHEP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tindakan sebuah syarikat pembungkus minyak masak bersubsidi menyimpan barangan tersebut di premis lain daripada yang dibenarkan di dalam lesen syarikatnya mengundang padah apabila dikenakan sitaan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Pengarah Penguat kuasanya, Azman Adam berkata, ia selepas sepasukan Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP Putrajaya menjalankan pengauditan dan naziran barang kawalan berjadual ke atas syarikat tersebut di Shah Alam, Selangor pada Khamis lalu. 

Menurutnya, pengauditan ini dilaksanakan hasil daripada siasatan lanjut berkaitan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Kes disiasat di bawah kesalahan Seksyen 20 (1), Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menyimpan, apa-apa barang kawalan di premis selain dari premis yang dilesenkan atau premis yang dibenarkan oleh pengawal.

“Pasukan serbuan telah menyita 37,360 kilogram minyak masak bersubsidi di dalam tangki serta 2,210 kilogram minyak masak pek polibeg satu kilogram (kg) dan dokumen berkaitan transaksi urus niaga barang kawalan berjadual minyak masak dengan nilai rampasan berjumlah RM98,025.00,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM1 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali dan bagi syarikat atau perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta. 

Dalam pada itu, Azman menegaskan, pihak KPDNHEP tidak akan berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang membanteras sindiket penyelewengan barang kawalan dan subsidi demi kepentingan rakyat. 

Ujarnya, kementerian akan mengambil tindakan lebih tegas termasuk menarik balik atau membatalkan lesen runcit dan borong pihak-pihak yang didapati terlibat termasuk syarikat pemegang kuota minyak masak bersubsidi.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya