Kelantan Warriors dah tahu ‘penyakit’ - Utusan Malaysia

Kelantan Warriors dah tahu ‘penyakit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU:  Tempoh rehat beberapa hari selepas tamat saingan minggu kedua Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) digunakan Kelantan Warriors untuk melakukan ‘bedah siasat’ atas dua kekalahan mengejut yang dialami kepada Negeri Sembilan (NS) Antlers dan Bomba Fighters.

Sepanjang sesi latihan minggu ini, ia lebih terarah kepada memperbaiki kelemahan pasukan, selain mendengar luahan rasa setiap pemain susulan dua kekalahan tersebut, kata pengurus pasukan, Fairol Rafiq Zainuddin.

Menurut Fairol, semua usaha yang dilakukan dalam tempoh beberapa hari lalu diharap mampu membantu pasukannya bangkit untuk menghadapi saingan sukar hujung minggu ketiga bermula dengan berdepan pasukan yang belum pernah kalah, Penang Black Panthers hari ini.

Kelantan kemudian akan berdepan skuad muda Selangor Pistons yang menunjukkan peningkatan musim ini sebelum menentang juara bertahan, Kuala Lumpur (KL) Thunder pada Ahad.

“Latihan kita ketika ini lebih kepada fokus mengenal pasti segala kelemahan pasukan.

“Selain itu, kita juga telah bertemu dan membuat perbincangan dari hati ke hati antara barisan pemain bagi merungkai sebarang permasalahan (jika ada),” katanya kepada Utusan Malaysia.

Fairol memberitahu, dalam pertemuan itu pihak pengurusan turut menitipkan kata-kata semangat kepada pemain Kelantan Warriors.

Katanya, kata-kata semangat itu bagi memastikan mereka kembali ke landasan perjuangan dalam kejohanan STL musim ini.

Kelantan Warriors tumbang buat kali pertama dalam STL 2021/22 selepas kalah mengejut di tangan NS Antlers 21-18, 18-21, 20-22.

Bomba Fighters merentap semangat mereka untuk bangkit pada hari terakhir minggu lalu apabila menumpaskan Kelantan 21-14 dan 22-20.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya