JPV sahkan Demam Babi Afrika di 16 ladang di Melaka - Utusan Malaysia

JPV sahkan Demam Babi Afrika di 16 ladang di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesahkan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) telah menjangkiti 16 ladang babi komersial di Paya Mengkuang di Masjid Tanah, Melaka. 

Ketua Pengarah JPV, Datuk Dr. Norlizan Mohd. Noor berkata, bagi mengawal dan mencegah penularan penyakit ASF, pihaknya menguatkuasakan stamping out policy menerusi pemusnahan babi ladang yang telah disahkan positif ASF. 

“Pemusnahan babi menggunakan kaedah gas karbon dioksida (berkepekatan tinggi)  berasaskan garispanduan Kod Amalan Kebajikan Haiwan – Pengurusan Pelupusan Haiwan, sebelum ditanam secara sempurna,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Sehingga semalam, sejumlah 1864 ekor ternakan babi daripada ladang yang disahkan positif ASF di kawasan Paya Mengkuang telah berjaya dimusnahkan.

Tambah Dr. Norlizan, aktiviti pemantauan, pemeriksaan klinikal dan persampelan semua ladang ternakan babi di kawasan tersebut terus aktif dijalankan bagi mengesan jangkitan penyakit ASF di semua 35 ladang babi di kawasan tersebut. 

“Aktiviti pemantauan dan pemeriksaan juga di aktifkan melibatkan semua ladang-ladang penternakan babi di seluruh negara. 

“Penternak dan orang awam diminta segera melaporkan sebarang kematian pada babi hutan, babi kampung atau babi komersial kepada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah (PPVD) atau Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri yang berdekatan atau menerusi hotline Bilik Pengurusan Krisis Penyakit, Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Putrajaya (03-88702041),” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya