JKM bantu Mohamad Rashid - Utusan Malaysia

JKM bantu Mohamad Rashid

MOHAMAD Rashid Rusli yang hanya terlantar dibantu oleh ibunya, Norita Dualan ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Petaseh, Kuala Klawang, Jelebu baru-baru ini. - UTUSAN/NURULAZMA SHAFIQAH KHAIRUL AZHAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memberikan bantuan kewangan kepada seorang pemuda, Mohamad Rashid Rusli, 28, yang kini terlantar selepas kakinya dipotong dan tangannya patah akibat kejadian kemalangan ke tempat kerja yang dihadapinya tahun lalu.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Jelebu, Raja Muhd. Uliyamin Raja Yunus berkata, bantuan itu menerusi skim bantuan kewangan yang bersesuaian dan JKM juga akan memberikan bantuan alat tiruan dan sokongan menggunakan peruntukan sedia ada.

“Serahan borang bantuan dan pemakluman berkenaan bantuan juga telah dibuat kepada penama (Mohamad Rashid) dan ahli keluarga. Pihak JKM akan sentiasa berhubung dengan penama dan keluarga untuk tindakan selanjutnya.

“Penama juga telah didaftarkan sebagai orang kurang upaya (OKU) kategori fizikal (kaki kiri) dan serahan kad OKU penama akan dibuat selepas proses cetakan selesai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan berikutan keadaan dirinya itu, Mohamad Rashid kini hanya terbaring di atas katil di rumahnya di Kampung Petaseh di sini sambil dibantu keluarga termasuk ibunya, Norita Dualan, 50, bagi urusan harian.

Keadaan tersebut menyebabkan dia tidak dapat keluar bekerja selain perlu bantuan kewangan bagi menampung kehidupan.

Sementara itu, Raja Muhd. Uliyamin berkata, pihak JKM Daerah Jelebu telah menyantuni Mohamad Rashid dan keluarga bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang keadaan dan kesihatannya.

“Siasatan awal mendapati penama masih dalam proses pemulihan disebabkan kemalangan yang dihadapi sehingga menyebabkan berlaku kecederaan teruk pada bahagian kaki dan tangan serta hentakan fizikal semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.

Penama ketika disantuni masih dalam keadaan terlantar dan mempunyai kesan kecederaan fizikal dan pihak kami dimaklumkan bahawa tempoh masa yang diperlukan penama sekurang-kurangnya enam bulan untuk kembali pulih dan menjalani rutin harian seperti biasa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN