Jenazah ibu dipenggal anak dikebumi - Utusan Malaysia

Jenazah ibu dipenggal anak dikebumi

KERATAN laporan Utusan Malaysia hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Jenazah seorang wanita yang maut dipenggal anak lelakinya di rumah mereka di Kampung Baru Pasir Penambang di sini, kelmarin dikebumikan hari ini.

Jenazah Allahyarham yang berusia 56 tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Permatang di sini, kira-kira pukul 5.20 petang tadi.

Terdahulu, jenazah itu yang dibawa dari Hospital Sungai Buloh tiba di Surau An Nur Kampung Baru Pasir Penambang untuk disembahyangkan. Puluhan ahli keluarga dan saudara mara turut menghadiri urusan pengebumian Allahyarham.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, satu kejadian memilukan apabila kepala mangsa wanita berusia 56 tahun itu ditemukan dalam keadaan terpisah dengan badan dalam rumah berkenaan selepas dipenggal suspek dengan sebilah parang.

Kejadian kira-kira pukul 5 petang itu disedari apabila salah seorang anak mangsa gagal menghubunginya dan segera pergi ke rumah berkenaan sebelum melihat keadaan lokasi yang berlumuran darah. Suspek berusia 28 tahun yang melarikan diri diberkas polis dengan bantuan penduduk kampung di kawasan belukar belakang rumah mangsa.

Lelaki itu yang juga penggangur direman selama tujuh hari sehingga 22 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Terdahulu, suami mangsa juga bapa kepada suspek memaafkan perbuatan anaknya itu. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN