Jenayah komersial di Negeri Sembilan meningkat tahun lalu - Utusan Malaysia

Jenayah komersial di Negeri Sembilan meningkat tahun lalu

MOHAMAD MAT YUSOP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kes jenayah komersial di Negeri Sembilan didapati meningkat tahun lalu iaitu membabitkan kerugian lebih RM43 juta.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, sebanyak 2,739 kes jenayah komersial dilaporkan iaitu peningkatan sebanyak 699 kes iaitu bersamaan 26 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak 2,040 kes.

Bagaimanapun katanya, terdapat pengurangan membabitkan jumlah kerugian sebanyak RM53.76 juta berbanding RM96.85 juta pada 2020.

“Jumlah kerugian tahun ini adalah sebanyak RM43,097,703.02. Dua kes menunjukkan peningkatan ketara iaitu kes penipuan menyamar sebagai kenalan bagi meminjam wang iaitu sebanyak 107 kes atau peningkatan sebanyak 88 peratus.

“Satu lagi kes membabitkan belian dalam talian meningkat sebanyak 555 kes atau 52 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad berkata, kes penipuan pelaburan mencatatkan jumlah kerugian tertinggi iaitu sebanyak RM8.49 juta bagi tahun lalu diikuti kes belian dalam talian sebanyak RM5.16 juta serta Macau Scam sebanyak RM4.09 juta.

Sementara itu menurut beliau, dari segi tangkapan, sepanjang tahun lalu, seramai 1,265 orang ditangkap atas pelbagai kesalahan kes melibatkan jenayah komersial berbanding 1,223 orang tahun sebelumnya.

“Polis Negeri Sembilan, khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan memandang serius peningkatan kes yang berlaku di musim pandemik Covid 19 ini terutama bagi kes-kes yang melibatkan penipuan dalam talian.

“Pihak polis menyeru orang ramai supaya lebih peka terhadap kes-kes penipuan atau scammer dan dinasihatkan supaya sentiasa berkongsi maklumat atau panggilan-panggilan yang diterima dengan ahli keluarga, rakan- rakan dan juga pihak polis bagi mendapat nasihat sewajarnya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN