fbpx

Jejantas pejalan kaki SMK Pengkalan Permatang masih selamat

TERDAPAT kesan rekahan dipercayai akibat dihentam kenderaan berat pada jejantas di hadapan SMK Pengkalan Permatang, Kuala Selangor, Selangor.

KUALA SELANGOR: Semua pengguna jalan raya diminta berwaspada ketika melalui jejantas pejalan kaki di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Permatang di sini, yang didapati merekah.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Selangor menerusi kenyataan berkata, pihaknya sudah menjalankan pemeriksaan awalan di lokasi yang berada di jalan persekutuan tersebut.

“Terdapat rekahan pada struktur rasuk jejantas itu ekoran hentaman kenderaan berat.

“Laluan jalan raya di situ masih selamat untuk digunakan namun pengguna perlu berwaspada ketika melalui bawah jejantas berkenaan,” katanya hari ini.

Jelas kenyataan itu, kerja pemasangan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) di lokasi akan dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga.

“Pihak Cawangan Senggara Fasiliti Jalan Ibu Pejabat JKR turut sudah dimaklumkan mengenai perkara itu.

“Langkah susulan akan dibuat selepas menerima arahan lanjut dari pejabat berkenaan,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi pejabat JKR Kuala Selangor di talian 03-32891040/1626.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN