PETALING JAYA : Kes harian Covid-19 menyaksikan peningkatan dengan 3,175 kes berbanding semalam dengan 2,641 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, perkembangan itu itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,792,035 kes.
Katanya, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman Covidnow, https://covidnow.moh.gov.my manakala data harian laman Covidnow dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.-UTUSAN ONLINE










