Jangan tular isu pelantikan Duta Malaysia, tunggu watikah lantikan - Utusan Malaysia

Jangan tular isu pelantikan Duta Malaysia, tunggu watikah lantikan

SAIFUDDIN Abdullah (kiri) menerima cenderahati selepas merasmikan mesyuarat Koperasi Reflisia Timur Berhad, di dewan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Cenderawasih di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sebarang berita tular khususnya dalam media sosial tentang nama individu tertentu yang kononnya tidak diterima sebagai duta sejak kebelakangan ini dan tidak menggambarkan proses sebenar dalam pelantikan duta Malaysia, seharusnya tidak menjadi isu. 

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ini kerana dalam hal berkaitan pemilihan dan pelantikan ketua perwakilan Malaysia ke luar negara, kerajaan hanya mengguna pakai dua kriteria utama.

Menurutnya, persetujuan atau penolakan calon dicadangkan oleh negara berkenaan hanya dibuat secara rahsia sehinggalah watikah perlantikan dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Lazimnya pemilihan calon ketua perwakilan Malaysia ke luar negara ini dibuat dengan melantik pegawai dari bahagian pentadbiran diplomatik atau satu lagi (kaedah) pemilihan ahli Parlimen yang masih berkhidmat atau bekas pegawai kanan kerajaan yang layak. Dalam hal ini, Wisma Putra tidak pernah mengemukakan sebarang senarai nama setakat ini, jadi apa sahaja berita tular dalam seminggu dua ini tentang mana-mana nama yang didakwa dilantik sebagai duta dan sebagainya, anggap itu hanya berita tular di media sosial.

“Perkara ini tidak perlu dipanjangkan kerana tidak akan membantu dari segi hubungan baik Malaysia dengan mana-mana negara sekalipun, tambahan pula kita (kerajaan) pernah melantik bekas Ketua Polis Negara sebagai duta dan amalan melantik ahli Parlimen juga pernah dilakukan kerajaan sebelum ini,” katanya.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat koperasi Reflisia Timur Berhad, di dewan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Cenderawasih dekat sini hari ini.

Tular dalam media sosial kononnya nama Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz ditolak Kerajaan Indonesia dan Switzerland selepas Malaysia mencadangkan nama mereka sebagai duta di negara berkenaan. 

Mengulas lanjut perkara itu, Saifuddin berkata, proses bermula daripada pencalonan sehinggalah selesai menerima watikah lantikan mengambil masa antara tiga hingga enam bulan. 

“Pelbagai proses perlu dilalui dan ia bukan sahaja membabitkan saringan di peringkat kita, tetapi turut membabitkan proses penilaian oleh negara tuan rumah kepada ketua perwakilan Malaysia itu.  Proses tapisan ini turut membabitkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan agensi keselamatan lain, jadi bukan mudah untuk memilih dan melantik duta… banyak prosedur perlu dilalui,” katanya.

Untuk rujukan, bekas Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Khalid Abu Bakar, pada 2017 dilantik sebagai Duta Khas bagi  meningkatkan hubungan dan kerjasama dengan masyarakat antarabangsa dalam usaha untuk memerangi keganasan, fahaman pelampau dan pemerdagangan manusia. 

Selain Khalid, seorang lagi bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar juga pernah dipilih sebagai Duta Malaysia ke Perancis pada 2013 hingga 2015.  – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya