Jangan sembunyi jika ada penyalahgunaan dadah dalam keluarga- AADK - Utusan Malaysia

Jangan sembunyi jika ada penyalahgunaan dadah dalam keluarga- AADK

AADK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menyeru pihak yang mempunyai masalah penagihan atau penyalahgunaan dadah dalam keluarga untuk merujuk kepada agensi tersebut dengan segera.

AADK dalam kenyataan berkata, agensi itu komited memperluaskan perkhidmatan rawatan dan pemulihan dual diagnosis membabitkan penyalahgunaan dadah dan kesihatan mental peringkat awal di semua fasiliti AADK termasuk di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) seluruh negara.

Malah, individu yang menjalani rawatan pemulihan di fasiliti AADK tidak dilayan sebagai pesalah, sebaliknya menerima rawatan menyeluruh sebagai pesakit menerusi Model i-Pulih AADK.

“AADK sentiasa memberi peluang kepada semua pihak untuk menerima rawatan dan pemulihan supaya dapat kembali dan berfungsi dalam masyarakat.

“Tidak perlu berasa malu dan menyembunyikan permasalahan dadah dalam kalangan ahli keluarga, malah mereka perlu menjadikan bantuan rawatan dan pemulihan dadah AADK sebagai antara kaedah untuk mengeratkan kasih sayang,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN