Anak bekas ADUN Permaisuri ditemukan lemas

Anak bekas ADUN Permaisuri ditemukan lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang, ditemukan lemas ketika mandi kolam bersama keluarganya di sebuah resort terkenal di Kijal, di sini, semalam. 

Nurhazwani Abd. Halim, 34, yang juga anak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Datuk Abd. Halim Jusoh ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 5.30 petang oleh suaminya. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, sebelum kejadian mangsa tiba di resort tersebut bersama ahli keluarganya kira-kira pukul 4 petang. 

“Difahamkan, mangsa bersama suaminya mandi di kolam resort tersebut kira-kira pukul 4.30 petang.  Bagaimanapun, selepas hampir sejam mandi, mangsa tiba-tiba disedari lemas oleh suaminya,” katanya hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN